Friday, January 8, 2010




























Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Selamat Tahun Baru 2010 semua...!!
Huh... lama gila tak bercerita-cerita kat sini.. Sibuk gila. Biasa la dah hujung-hujung tahun. Banyak nak disiapkan. Well anyways.. Say goodbye to 2009. Leave all your sad stories behind. Move on to a brand new you NOW!

Hmm.. before end of the year 2009, aku sempat celebrate farewell lunch dengan adik-adik aku kat pejabat. Sorang dah balik ke politeknik.. sorang lagi pun dah nak p sambung blaja kat politeknik jugak kot kalau tak silap..Sedih jugak rasanya.. tapi as i've just said just now, we have to move on. Aku doakan mereka akan berjaya menjadi orang yang berguna untuk agama ISLAM, bangsa MELAYU dan negara terchenta... MALAYSIA. Waakaka... boleh tak tulis mcm ni..?

Well.. arinih dah aku siapkan segala report yang nak dihantar ke setiap department. Minggu depan banyak perkara dah menunggu. Hari esok nak attend kelas membuat ROTI. Yup.. azam baru aku untuk tahun ini, KUMPUL ILMU SEBANYAK MUNGKIN!
Aku berazam untuk menggunakannya dihari tua nanti.. insyaAllah. Aku berharap impian aku untuk membuka sebuah kedai andaman dan sebuah cafe menjadi kenyataan. InsyaAllah. Amin. Korang doakanlah untuk aku ye? Terima kasih jugak kat family dan kengkawan aku yang dah support aku selama ini. Kadang-kadang aku rasa down sbb rasa aku memang tak boleh buat apa pun untuk berjaya. Hanya makan gaji setiap bulan, mana nak cukup beb! Hey! Aku tak kisah apa orang nak kata. Yang penting aku tak kacau orang. Apa yang aku perlu tau adalah FOKUS! Yaa... aku berharap bintang aku akan terus bersinar...selamanya... Amin.

Ok.. maybe this year, i need a lappy for my own. Aku sedar, dunia sekarang mmg HOT dengan isu-isu dan cerita di internet. Kalau takde tu, rasa macam tak cukup je gadget yang memang diperlukan pada zaman cyber ni. Chewah.. asalkan jangan lupa diri sudah laa... Ya! Harap aku tak lalai. Susah jugak nak update cerita sebab semuanya kena buat kat pejabat. Mujur jugak kat ofis ada internet! Alhamdulillah..

Jadi, aku rasa aku stop kat sini dulu. Nak balik dah. Perut dah kembung minta di isi. Nak balik dinner ngan family tercinta... Jaga diri baik-baik ya...

Adios!

Wednesday, December 9, 2009

Mencari ketenangan..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Dah lama kita tak bersua ya...? Maaflah, kebelakangan ni agak sibuk dangan tugas harian. Terlalu sibuk sampai tiada masa untuk diri sendiri. Jadi apalah kiranya kita membuang sedikit hari cuti kita untuk berpergian untuk seketika.

Berpergian tidaklah lama. Tapi aku rasa tenang ketika dapat menghabiskan sebuah novel, memberi makan ikan-ikan kecil ditepi pantai dan bersantai-santai sambil menghirup udara laut selat melaka yang memberikan seribu ketenangan.

Dalam pada aku diam merenung pantai, sempat lagi aku berbicara dengan diri sendiri. Ombak yang kecil ini, bisa saja sesekali agak kuat menghempas pantai pada ketika terdapat bot-bot kecil yang melintas lalu. Andaikata, ianya berubah menjadi setinggi bangunan lima tingkat seperti ombak tsunami yang diperkatakan.. mampukah aku tega berdiri lagi ditepian ini? Ya Allah.. Hanya padaMu kuserahkan jiwa dan ragaku..

Sempatlah kiranya aku merakamkan beberapa gambar kenangan untukku simpan dikotak memori yang kecil ini.






























Betapa tenang permandangan disini.. pengalaman bermain ombak diwaktu malam memberikan kenangan yang mungkin menjadi kenangan paling manis untuk percutian kali ini... Alhamdulillah...


Sehingga jumpa lagi.. jaga diri ya... :)

Wassalam.

Thursday, November 12, 2009

Happy Birthday to me!

Bismillah

Assalamualaikum Warahmatullah...

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Apa khabar semua viewers? Harap pada hari ini lebih baik dari semalam. Yup! Today is my birthday. Alhamdulillah. Dah 31 tahun,dan aku masih lagi menghirup udara di bumi Allah ini. Syukur ya Allah!

Dalam pada meniti usia hingga ke umur begini,ku rasakan telah banyak ujian, perit getir, kekecewaan, kesedihan, penantian, kesabaran, jatuh dan bangun, kegembiraan, keceriaan, kepuasan dan usaha yang memberikan ku kekuatan meniti sinar hidup pada esok hari. Berbekalkan pengalaman inilah yang mangajar aku erti DEWASA. Opss! Jgn confuse..! Tua x semestinya dewasa ya.. Dewasa adalah satu orang manusia yang boleh mengawal dirinya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. Bak kata lain, boleh membuat keputusan sendiri.

Betul.. kita semua memerlukan orang untuk guide kita, tapi org tu hanya boleh menasihati kita sahaja. Kerana yang buat keputusan adalah DIRI kita sendiri. Untuk sampai ke tahap ini, terpulang pada kehidupan seseorang manusia itu sendiri juga. Selalunya, orang yang mempunyai kehidupan yang susah akan cepat matang. Kesusahan mengajarnya erti kehidupan sebenar berbanding mereka yang agak senang hidupnya. Semua kemewahan telah terbentang di depan mata sejak kecil. Semuanya telah disediakan. Oh! Tapi itu tidak bermakna orang yang senang itu tidak matang. Itu terpulang pada cara didikan ibubapanya juga. Jika ibubapa memanjakan anaknya hingga bukan hanya kasih sayang yang dicurahkan tapi wang ringgit dan harta benda, maka anak itu akan terus bergantung pada ibubapanya sampai keakhirnya.

Alhamdulillah.. Ibubapaku telah memberikan didikan yang ku kira sempurna buat diriku. Cukup dengan ilmu duniawi dan ukhrawinya sekali. Yang terpenting. Pada hari ini, ku tetap kenang kekusahan ibuku ketika melahirkan aku. I love u, MAMA. Hmm.. I love u too, ABAH. Terima kasih kerana sabar menjaga dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi. Minta ampunkan atas segala dosaku dari kicil hingga akhir nafasku. Moga Allah melindungi kalian berdua dan diberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat serta dijauhkan keluarga kita dari api neraka.

Ok.. Sampai sini dulu. Terima kasih kepada semua keluarga, rakan taulan jauh dan dekat atas semua birthday wish. Secara verbally atau tulisan semuanya aku amat hargai. Jumpa lagi.. Wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

Ketagih...

Bismillah...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Hari ni aku nak cakap pasal ketagihan..

Macam-macam jenis ketagihan.
Ada orang ketagih minum ais..
Ramai orang pulak ketagih merokok..
Tapi aku..?? Aku ketagihan tengok cerita SEKAR!

Iskk... gila ke apa?
Mengapakah aku jadi begini?
Hari-hari aku tunggu pukul 11mlm dan tidoq kui 12mlm gara-gara SEKAR!
Sepanjang hari pun asyik nak nyanyi jugak lagu dlm cerita SEKAR!
What happen to me??

Well anyways, aku suka jugak tgk cerita tu walaupun terpaksa bersengkang mata.
Itulah namanya KETAGIH!
Anda ketagih apa pula...??


Lirik lagu D’Masiv – Merindukanmu (OST Sekar)

saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

reff:
selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu

meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

repeat reff


Take care.. :)

Monday, November 9, 2009

Ushering di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

Hai! Hai! Hai! :) Harap semua viewers sihat dan dirahmati Allah selalu. Kalau ada yang x sihat tu, jgn lupa tau jumpa doctor. Makan ubat dan jaga diri baik-baik,ye?

Cerita pada hari ini,semalam kami telah dilantik menjadi pegawai pengiring sempena kedatangan Kebawah Duli Yang Amat Mulia Sultan Pahang. Acara bermula dari pagi hingga petang. Biasa la, bila Sultan datang ramai la jugak kaum kerabatnya yang turut hadir. Ramai jugak yang nak kena kami 'tangkap' kerana mereka ni nak kita sambut dia. Kalau ada yg x kenal... fuh! Nahas! Contoh script seperti.." Awak kenal tak siapa saya, ha..??" dah macam biasa kami dengar... Iskk... bunyi mmg macam kejam,tapi mmg kejam la jugak kan..? haha.. sabar je la kan.. Nasib kami agak baik (baik kah..?? :) ) sebab pihak penganjur rasa bersalah sbb makanan yang dihidang dah habis kena serbu,jadi mereka kesiankan kami dan diarahkan makan di Coffee House hotel tersebut. Huh! Makan sedap beb kat Renaissance Hotel,KL... Tak hengat.

Petang tu balik ofis dah agak lewat, jadi aku ingat cabut pun ok jugak. Jadi aku bercadang untuk terus ke kedai barangan kek. Banyak jugak nak buat experiment rasanya, tapi duit je yang kena tebal sikit. Ya! buat masa ni aku kena bersabar dulu. Nak raya korban ni,paham je la. Ada pulak yg terkorban pulak..hihi.

Yup..! My birthday is coming. Aku bercadang nak buat cupcakes untuk sambutan sambil 'promote' cupcakes aku. Iye lah. Kita kena harus rajin buat promosi. Cari project diri sendiri yang kadang-kadang macam syok sendiri je!(hehe)..tapi xpelah. Look at the positive site. Kita mempromote sambil bersedekah. Lebih sweet gitue! Just want to celebrate with friends and loved ones. Aku happy..semua org pun happy. InsyaAllah. Doakan aku diberi kekuatan ye.

Nanti aku upload gambarnya ya.. Jumpa lagi nanti.. Jgn nakal-nakal tau.. :)

Tuesday, November 3, 2009

Minggu untuk bersukan :)

Assalamualaikum Warahmatullah semua...

Apa khaber semua.. Mari kita baca aktiviti hujung minggu lepas. (31 Oct 2009- 1 Nov 2009). Minggu lepas adalah minggu untuk bersukan. Sukan Inter-department. Badan terasa sangat letih, sampai dah masuk hari ketiga selepas habis pertandingan masih terasa letihnya.

Acara yang dipertandingkan adalah seperti:-

* Tennis (Saturday & Sunday - 31 Oct 2009 & 1 Nov 2009)
* Table-tennis (Saturday - 31 Oct 2009)
* Kayaking (Saturday - 31 Oct 2009)
* Volleyball - female (Sunday - 1 Nov 2009)
* Athletics (Sunday - 1 Nov 2009)


Hehe.. yang penting saya terlibat di kedua-dua hari sukan tersebut. Teramat letih, tapi puas hati sbb rekod diri sendiri dah tercipta. Nak tau apa acara yang dah saya masuk??? Saya masuk acara kayak 150m dan 100m, table tennis (single) dan athletics (800m, 400m dan 4 x 100m). Yang nak tergelak tu.. semua dapat no 3. Tapi xpe laa... walaupun berlatih semua game hanya dalam masa 3 hari,tapi semangat kesukanan yang membara telah membuktikan kalau kita mahukan sesuatu,kita pasti berusaha kearahnya...

Sayangnya, gambar semasa pertandingan x dapat diambil sbb sibuk menguruskan diri dan masa nak bertanding. Nasib baik ada 1 je gambar yang tersesat dapat kat FB. Boleh la masukkan kat sini.









sebenarnya x kenal pun semua ni,tapi dah ada depan kamera semua senyum je.. hehe




Thanks to all team members for the cooperations dan tahniah kepada semua yang terlibat kerana meramaikan participation. Bak kata omputih,the more the marrier..Tahniah juga kepada semua pemenang ya! Janganlah sebab kita bersukan ni, kita bermasam muka dan x bertegur sapa pula ya... Take care y'll... :)

Thursday, October 29, 2009

Welcome to my world.. :)




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..


Hi semua..! saya ucapkan selamat berkenalan kepada semua.. Ini adalah webpage personal saya. Kadang-kadang ada rasa nak bercerita.. Kadang-kadang nak meluahkan perasaan. Hari ini tercipta jua ruangan ini. Alhamdulillah.

Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya dulu. Saya Chempaka. Sudah bekerja di sebuah institusi awam. Suka berhias dan membuat kek. Bila ada kelapangan, saya suka rekreasi. Impian yang belum tercapai adalah untuk memiliki sebuah kedai untuk merialisasi minat saya ini. Harap anda semua doakan saya ye.. Anda minat apa pula? Saya doakan anda semua berjaya dalam apa jua pun bidang yang diminati.

Untuk pengetahuan semua.. saya ada dua lagi webpage yang berkait dengan minat saya.. 'Make up! and Baking!' :) Kalau sesiapa perlukan perkhidmatan mana-mana di antara yang tersebut bolehlah view webpage tersebut ya! Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan make-up bolehlah melawat ke website ini "mahkotaqaseh.blogspot.com". Kepada yang suka makan cupcakes atau cakes.. bolehlah cuci mata kat "chempaka-beautilicious.blogspot.com".

Sampai sini dulu. Jumpa lagi!