Thursday, November 12, 2009

Happy Birthday to me!

Bismillah

Assalamualaikum Warahmatullah...

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Apa khabar semua viewers? Harap pada hari ini lebih baik dari semalam. Yup! Today is my birthday. Alhamdulillah. Dah 31 tahun,dan aku masih lagi menghirup udara di bumi Allah ini. Syukur ya Allah!

Dalam pada meniti usia hingga ke umur begini,ku rasakan telah banyak ujian, perit getir, kekecewaan, kesedihan, penantian, kesabaran, jatuh dan bangun, kegembiraan, keceriaan, kepuasan dan usaha yang memberikan ku kekuatan meniti sinar hidup pada esok hari. Berbekalkan pengalaman inilah yang mangajar aku erti DEWASA. Opss! Jgn confuse..! Tua x semestinya dewasa ya.. Dewasa adalah satu orang manusia yang boleh mengawal dirinya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. Bak kata lain, boleh membuat keputusan sendiri.

Betul.. kita semua memerlukan orang untuk guide kita, tapi org tu hanya boleh menasihati kita sahaja. Kerana yang buat keputusan adalah DIRI kita sendiri. Untuk sampai ke tahap ini, terpulang pada kehidupan seseorang manusia itu sendiri juga. Selalunya, orang yang mempunyai kehidupan yang susah akan cepat matang. Kesusahan mengajarnya erti kehidupan sebenar berbanding mereka yang agak senang hidupnya. Semua kemewahan telah terbentang di depan mata sejak kecil. Semuanya telah disediakan. Oh! Tapi itu tidak bermakna orang yang senang itu tidak matang. Itu terpulang pada cara didikan ibubapanya juga. Jika ibubapa memanjakan anaknya hingga bukan hanya kasih sayang yang dicurahkan tapi wang ringgit dan harta benda, maka anak itu akan terus bergantung pada ibubapanya sampai keakhirnya.

Alhamdulillah.. Ibubapaku telah memberikan didikan yang ku kira sempurna buat diriku. Cukup dengan ilmu duniawi dan ukhrawinya sekali. Yang terpenting. Pada hari ini, ku tetap kenang kekusahan ibuku ketika melahirkan aku. I love u, MAMA. Hmm.. I love u too, ABAH. Terima kasih kerana sabar menjaga dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi. Minta ampunkan atas segala dosaku dari kicil hingga akhir nafasku. Moga Allah melindungi kalian berdua dan diberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat serta dijauhkan keluarga kita dari api neraka.

Ok.. Sampai sini dulu. Terima kasih kepada semua keluarga, rakan taulan jauh dan dekat atas semua birthday wish. Secara verbally atau tulisan semuanya aku amat hargai. Jumpa lagi.. Wassalam.

No comments:

Post a Comment